Kerjaya Wakil Cukai

Anda di jemput manjadi Wakil Percukaian secara separuh atau sepenuh masa dari seluruh Malaysia.

Skop kerjaya.

Perkhidmatan adalah dalam membantu Peniaga-Peniaga (Perniagaan Tunggal / Perkongsian) dalam melengkapkan borang percukaian LHDN (Borang B) termasuk menyediakan penyata kewangan dan cadangan pengiraan cukai pendapatan mereka.

*Jangan risau jika anda tidak mempunyai pengalaman, atau pengetahuan yang mendalam dalam bidang mendapatkan maklumat ini. Tunjuk ajar dan maklumat lengkap akan diberi. Anda TIDAK perlu menyediakan laporan kewangan, tetapi hanya mendapatkan maklumat yang berkaitan dengannya sahaja.

Tugas anda hanyalah mendapatkan maklumat-maklumat yang berkenaan dengan peniaga, yang lebih tertumpu kepada Aliran Tunai terdiri aliran keluar & aliran masuk sesebuah perniagaan. Dari sumber mana pendapatan diperolehi, samada jualan, perkhidmatan dan kemana wang perniagaan dibelanjakan. Pada asasnya, itu sahaja yang perlu dilakukan, dan kami akan menyusun maklumat-maklumat tersebut menjadi satu laporan kewangan yang lengkap.

Segala dokumen & maklumat yang berkenaan beserta kaedah caj dan bayaran akan dihantar kepada anda menerusi email sekiranya berminat menjadi wakil kami di kawasan anda.

Segala urusan adalah menerusi e-mail (online) & kami juga akan menyediakan pautan (link) yang berkenaan bagi memudahkan anda menghantar maklumat & dokumen yang diperlukan.